Salam hormat
Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) mempelawa murid-murid yang mengambil mata pelajaran Asas Sains Komputer dan Sains Komputer untuk menyertai pertandingan ini sempena dengan Karnival My Digital Maker 2020 5-10 Oktober ini.
Pertandingan terbahagi kepada 2 kategori iaitu :-
1. Kategori Berkumpulan.
2. Kategori Individu.
Setiap sekolah diminta memilih murid-murid yang menunjukkan kemahiran coding yang baik untuk mewakili sekolah dalam kategori yang ada. Ini bermaksud setiap sekolah hanya dibenarkan menghantar hanya satu penyertaan bagi setiap kategori.
Hadiah menarik menanti pemenang. Jangan tunggu lagi. Mari segera mendaftar. Mulalah coding.....
http://kelasdigital.net/jomcoding/
http://kelasdigital.net/jomcoding/

No comments:
Post a Comment